Membeli
rumah bukanlah seperti membeli barangan runcit di kedai atau di pasar malam
sekiranya ianya dilakukan tanpa ilmu pengetahuan yang betul. Maksudnya? Mesti ramai
akan bertanya adakah membeli rumah semudah membeli barangan runcit di kedai
atau pasar malam. Apakah respon kita semua sekiranya saya nyatakan ianya lebih
mudah berbanding membeli barangan runcit di kedai atau pasar malam? Hihi!!
Gelak la sikit bagi menceriakan hari anda. Hah! Kan nampak lebih bertenaga
apabila senyum atau gelak.
Okay,
mari kita dengan lebih terperinci bagaimanakah ianya dikatakan membeli rumah
bukan semudah membeli barangan runcit malah lebih mudah daripada membeli
barangan runcit. Mengapakah saya menyatakan sedemikian? Ianya mudah kerana hampir
99.9% transaksi pembelian rumah dilakukan oleh peguam yang anda lantik dan kita
sebagai pembeli amat mengerti dengan strategi yang terlibat dalam membeli
rumah. Saya ingin tekankan di sini bahawa transaksi sahaja yang dilakukan oleh
peguam bukan penilaian terhadap sesebuah hartanah yang kita telah kenal pasti.
Penilaian terhadap hartanah atau rumah itulah yang memerlukan strategi dan ilmu
dalam merealisasikan impian untuk memiliki rumah.
Dilemma
dalam memiliki rumah mempunya dua (2) tahap yang berbeza yakni pembeli rumah
yang pertama dan pembeli rumah yang ketiga dan ke atas. Kenapakah sedemikan
senarionya? Jika soalan ini terdetik di pemikiran anda, maka, ianya menunjukkan
anda hampir faham apa yang ingin saya sampaikan. Jika tidak terdetik dengan
soalan tersebut, tidak mengapa kerana anda akan fahami sekejap lagi dengan
membaca huraian seterusnya.
Mengapakah
sebagai pembeli rumah pertama, kita mempunyai sejuta dan satu kesangsian yang
membelenggu kita dalam merealisasikan impian untuk memiliki rumah pertama.
Kesangsian pertama yang paling popular adalah “bagaimanakah untuk membeli?”, “di
manakah untuk dapatkan duit bagi pembelian rumah tersebut?”, “di manakah lokasi
yang sesuai untuk aku nak beli rumah?”, “aku nak beli rumah banglo tak mampu,
semi-D pun tak mampu, rumah teres pun tak mampu, kondominium pun tak mampu,
apartment mungkin mampu, tapi…… aku graduan jurusan kejuruteraan, takkanlah aku
nak duduk rumah apartment atau flat macam rumah ini?”, dan banyak lagi
kesangsian yang membantutkan impian anda untuk membeli rumah pertama. Ianya
menjadi semakin parah apabila tiada kenalan kita yang sanggup menasihati kita
dalam membeli rumah pertama kita. Menjadi parah dan kritikal apabila ada yang
sanggup menasihati tetapi tidak mengambil tindakkan untuk mendapatkan rumah
pertama kita. Kes kedua adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri di mana saya
selalu sarankan kepada beliau untuk membeli rumah pertama yang mana bayaran
bulanan hampir sama dengan bayaran sewa yang didiaminya sekarang. Namun,
hasilnya masih tidak mengambil tindakkan untuk memiliki rumah pertama tersebut.
Dilemma
kedua adalah bagi yang ingin membeli rumah ketiga dan lebih lagi apabila
tawaran pihak bank kepada mereka agak terbantuk kerana margin pinjaman sudah
pun dikurangkan sebanyak tambahan 20% yakni hanya dibenarkan untuk pembiayaan
sebanyak 70% daripada harga jualan atau harga pasaran (yang mana yang lebih
rendah). Dilemma tetapi akan menjadi dilemma sekiranya tiada sebarang tindakkan
diambil untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan terus dilemma tersebut
bagi membolehkan kita maju ke hadapan dengan lebih yakin dan bersemangat. Saya
kongsikan sedikit sebanyak sebagai permulaan untuk titik permulaan dalam
merealisasikan untuk memiliki rumah pertama atau yang ketiga dan selebihnya
akan dikongsi dalam artikel-artikel yang akan datang. Sila tinggalkan komen
jika mempunyai sebarang kesangsian dalam merealisasikan impian anda untuk
memiliki rumah pertama atau rumah ketiga dan lebih lagi.
Beli rumah dulu dan tunggu,
ReplyDeleteBukan tunggu dulu baru beli rumah!
Kata-kata keramat dikalangan pelabur hartanah....
ReplyDeleteKata-kata keramat dikalangan pelabur hartanah....
ReplyDelete