Cara
menguruskan aliran tunai kita akan mencerminkan kesihatan kewangan kita dan
seterusnya akan dinilai oleh pihak-pihak bank sekiranya kita ingin menggunakan
kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh mereka. Cara pemikiran dan perbualan
dalam dunia kewangan juga akan memberi impak yang membina atau membinasa dalam
mencapai hala tuju kita untuk mencapai “financial freedom”.
Ini
adalah kerana produk-produk yang ditawarkan oleh pihak bank amatlah membantu
sekiranya kita dapat menganalisa produk-produk tersebut untuk memanfaatkan
seadanya. Kebiasaannya kita akan dihujani dengan panggilan-panggilan daripada “tele-marketing”
untuk pinjaman peribadi di mana ianya pra-lulus. Apakah yang dimaksudkan dengan
pra-lulus? Anda tepat! Tepuk la tangan sikit untuk diri sendiri, apa salahnya.
Pra-lulus selalunya adalah permohonan yang anda tidak pernah memohon tetapi
anda ditawarkan kesan daripada kesihatan kewangan anda yang baik dengan bank
tersebut. Saya selalu akan menolak tawaran tersebut kerana ianya bukan untuk
keperluan kita pada masa tersebut dan ianya lebih kepada “tangkap muat”. Oleh
yang demikian, haruslah berwaspada dengan produk-produk atau servis yang
ditawarkan melalui “tele-marketing”.
Apakah
produk-produk yang kita inginkan dalam mereliasasikan impian untuk mencapai “financial
freedom”? Pada asasnya kita perlulah selesaikan hutang-hutang yang menggugat
kesihatan kewangan kita sama ada dengan mengambil kemudahan (hutang baik yang
dirancang) daripada bank-bank. Ada yang sarankan dengan selesaikan
hutang-hutang yang amaunnya sedikit dan seterusnya menyelesaikan hutang yang
paling besar. Hutang jahat atau dalam bahasa kesihatannya adalah kuman yang
perlu dihapuskan demi menjamin kesihatan kita. Apabila kita mula berkecimpung
fenomena hutang-dalam-hutang, saya ingin tekankan di sini bahawa kita perlu
bertindak dengan nasihat pihak professional kerana silap langkah makin parah
jadinya.
Alhamdulillah
kita dapat selesaikan paling tidak satu hutang (hutang yang paling kecil) dan
dalam proses untuk menyelesaikan hutang-hutang yang lain. Sealiran dengan misi
menghapuskan hutang-hutang lapuk, kita juga perlu mengasingkan satu amaun untuk
simpanan dan seterusnya melangkah lebih jauh untuk misi pelaburan. Misi-misi
ini tidak mungkin tercapai sekiranya kita tidak menggunakan kemudahan-kemudahan
yang disediakan oleh pihak bank. Oleh yang demikian, amatlah penting untuk
memanipulasi kemudahan yang ditawarkan untuk kebaikan kita dan ini hanya
mungkin dengan ilmu sama ada diri sendiri atau melalui khidmat nasihat pakar
dalam bidang perancangan kewangan. InshaaALLAH saya akan kupas sedikit sebanyak
mengenai kemudahan “overdraft” yang membolehkan kita untuk bergerak lebih laju
tetapi dengan had laju yang boleh dikawal.
No comments:
Post a Comment