Seperti
yang ditulis sebelum ini mengenai keseimbangan tunai adalah amat berkaitan
dengan kesihatan kewangan kita. Ini adalah kerana keseimbangan ini adalah hasil
daripada sikap kita dalam pengurusan kewangan kita. Pengurusan kewangan kita
akan menghasilkan keseimbangan dalam aliran tunai kita sekiranya diurus dengan
ilmu yang sentiasa berkembang selaras dengan kemudahan-kemudahan kewangan yang
ditawarkan dalam pasaran terkini. Bagaimanakah semua ini mungkin?
Dalam
menghasilkan keseimbangan aliran tunai kita yang sihat, perlulah kita dapat
perhalusi aliran masuk dan keluar tunai kita supaya ianya dapat dikawal untuk
memaksimumkan dalam simpanan dan pelaburan kita. Dengan pengurusan kewangan
yang rapi, kita boleh mengesan ke mana hilangnya wang kita walaupun hanya RM 1.
Mungkin ada yang menyatakan bahawa adalah amat cerewet untuk mencatit setiap
satu perbelanjaan bagi setiap bulan. Namun, mesti ada hikmahnya dengan
melakukan semua ini yakni wang untuk simpanan dapat dimaksimakan. Saya tidak
menafikan ada yang meletakkan sebahagian amaun untuk perbelanjaan untuk setiap
bulan supaya tidak leceh untuk menguruskan setiap perbelanjaan tersebut. Walau
bagaimanapun, amaun tersebut dapat dikesan dengan memberikan segala senarai
perbelanjaan supaya ianya lebih rasional kerana agar tidak terlampau rendah
atau terlampau tinggi daripada perbelanjaan.
Setakat
ini segala pengurusan kewangan yang dibincangkan adalah berdasarkan pengetahuan
yang asas daripada gaji yang masuk setiap bulan dan perbelanjaan yang keluar
setiap bulan. Ianya dapat dioptimumkan lebih lagi sekiranya dapat menggunakan
kemudahan-kemudahan kewangan yang terdapat di pasaran. Ianya akan dibincangkan
pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment