Showing posts with label Kerugian. Show all posts
Showing posts with label Kerugian. Show all posts

Saturday, October 31, 2015

Kepentingan Kewangan Peribadi – Bahagian 1

Kenapakah pengurusan kewangan peribadi amat penting dalam kehidupan seharian kita sekiranya ingin mencapai status “financially freed”? Apakah unsu-unsur yang penting dalam menjamin kewangan peribadi kita selaras dengan matlamat kewangan kita? Apa? Keluar sama dengan masuk? Apakah yang boleh difahami dengan analogi tersebut? Sebagai seorang jurutera kimia/proses, keseimbangan jisim dan tenaga adalah amat penting. Sekiranya pemahaman terhadap keseimbangan jisim dan tenaga sudah kukuh maka mudahlah subjek-subjek yang akan datang. Saya secara peribadi mengalami trauma dalam subjek ini sewaktu tahun pertama pengajian dengan mitos bahawa subjek keseimbangan jisim dan tenaga amat sukar dan selalunya pelajar akan gagal.

Selalunya mitos akan mempengaruhi cara pemikiran kita sekiranya tidak dilengkapi dengan ilmu yang betul dan cukup dalam memahami sesuatu perkara. Kembali kepada subjek keseimbangan jisim dan tenaga, pada awalnya berasa sukar kerana perasaan takut dengan cerita-cerita mitos daripada rakan-rakan senior yang telah diturunkan generasi ke generasi. Haha atau huhu? Haha! Memandangkan pensyarah kami pada tahun dibahagikan kepada dua (2) pensyarah; satu pensyarah untuk keseimbangan jisim dan satu pensyarah lagi untuk keseimbangan tenaga, saya mendapati subjek tu agak sukar difahami pada awalnya kerana cara penyampaian lebih berpandukan teori semata-mata. Nota untuk keseimbangan jisim yang disediakan pensyarah pertama lagi tebal daripada buku teks untuk keseluruhan silibes dan nota daripada pensyarah kedua yang ditugaskan untuk keseimbangan tenaga adalah kurang 50 muka surat. Untuk pengetahuan semua, untuk memahami keseimbangan tenaga, kita perlu asas yang kuat dalam keseimbangan jisim. Boleh bayangkan dilema kami semua pada tahun itu? Ya! Memang seram!
 
Apa yang saya ingin sampaikan di sini dalam pengurusan kewangan peribadi adalah mengenai cara pengajaran dan pembelajaran akan memberi impak yang besar dalam menghasilkan sesuatu keberkesanan. Oleh yang demikian, pelajari ilmu kewangan supaya kita akan boleh menghasilkan suatu impak yang amat berkesan dalam mencapai matlamat kita untuk “financially freed”.


Mungkin ramai yang masih buntu mengenai kaitan subjek saya ambil sebagai seorang pelajar kejuruteraan kimia dengan kewangan peribadi kita. Seperti yang diilustrasikan dalam maksud perkataan “keseimbangan” maka amatlah penting juga dalam keseimbangan kewangan kita dalam memantau aliran tunai kita. Pengurusan aliran tunai yang mantap akan menghasilkan suatu keseimbangan dalam kewangan peribadi kita yakni aliran kemasukan dan keluaran dapat dikenal pasti. Sekiranya kita dapat kenal pasti segala yang masuk dan keluar, barulah kita dapat mengoptimumkan simpanan kita dan seterusnya dapat meneruskan agenda dalam pelaburan untuk mencapai kebebasan kewangan. Pengurusan aliran tunai yang mantap adalah faktor utama dalam mencerminkan kejayaan sesebuah syarikat kerana keuntungan dan kerugian dapat dilihat dan dapat diunjurkan dalam mengoptimumkannya di masa hadapan. Nantikan kemunculan artikel baru mengenai kepentingan kewangan peribadi yang akan mengulas berpandukan pengalaman peribadi saya dalam menguruskan aliran tunai untuk memaksimakan simpanan untuk pelaburan terutamanya dalam hartanah.

Wednesday, January 7, 2015

Pelaburan Hakiki

Apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan hakiki? Setiap seorang inginkan suatu pelaburan yang mendatangkan keuntungan atau lebih tepat kurangkan kerugian berbanding keuntungan yang bakal dicapai. Tiada sebarang pelaburan yang hanya mendatangkan keuntungan malah silap langkah mungking sifar keuntungan dan infiniti kerugian. Sebaliknya tiada pelaburan yang datang tanpa kerugian malah ianya mungkin boleh distrategikan supaya sifar kerugian dan infiniti keuntungan. Pilihan di tangan kita sendiri. 

Persoalannya sekarang, bagaimanakah untuk buat pilihan tersebut? Apakah kriteria untuk membuat pilihan sama ada untuk keuntungan infiniti atau kerugian infiniti? Setelah membuat pemilihan, apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan pilihan kita sentiasa di atas landasan yang membuatkan keuntungan yang infiniti? Bagaimanakan semua ini boleh direalisasikan oleh seseorang yang bukan bidangnya dalam pelaburan atau yang baru berjinak dengan kebebasan kewangan dan pelaburan?

Saya secara peribadi amat menekankan dalam mendalami ilmu-ilmu kewangan dan pelaburan sebelum membuat sebarang bentuk pelaburan yakni buatlah pelaburan dalam ilmu mengenai selok-belok pelaburan. Inilah mekanisme yang boleh membantu kita dalam menentukan sama ada pelaburan kita akan mendapatkan pelaburan dengan infiniti atau paling tidak pun kerugian yang minima.

Bagaimanakah dalam melabur dalam ilmu pengetahuan dalam bidang pelaburan? Secara peribadi pelaburan yang paling selamat adalah dalam pelaburan ilmu pengetahuan kerana akan menyediakan diri kita lebih terancang dalam membuat keputusan yang lebih matang. Jadi, apakah pelaburan pertama dalam pelaburan ilmu ini? Anda tepat! Dengan membaca artikel ini anda sudah pun memulakan langkah untuk pelaburan yang hakiki. Kita semua perlu mengorbankan masa dalam melabur untuk ilmu pengetahuan.

Ini mungkin langkah pertama dalam menimba ilmu untuk sebarang bentuk pelaburan kerana membaca artikel ini kita semua mempunyai keinginan untuk membaca mengenai pelaburan. Langkah-langkah seterusnya mungkin membaca artikel saya yang akan diterbitkan lagi sudah semestinya! Ini bukan paksaan ya tuan-tuan dan puan-puan.

Pandangan atau nasihat saya adalah untuk meluangkan sedikit masa untuk membaca sebanyak yang mungkin sama ada artikel, buku, dan sebarang bentuk bacaan yang boleh memberi ilmu dalam bidang pelaburan. Sumber bacaan ini mungkin boleh diperoleh secara percuma atau yang dikenakan bayaran. Setelah dengan membaca sumber bacaan, perlulah membuat analisis untuk memahami secara lebih terperinci. Langkah-langkah berikutnya kita boleh pergi untuk seminar, latihan kewangan, atau mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil dalam membincangkan isu-isu kewangan. Kumpulan-kumpulan ini mungkin boleh wujud dalam alam maya atau alam nyata. Pilihan di tangan anda mengikut kesenangan dan kelapangan anda sendiri.